PILIH TUDUNG IKUT BENTUK MUKA, DIDIYANA EHSAN KONGSIKAN TIPS MEMAKAI TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA
Jadi sebelum menggayakan apa juga hijab, paling penting kenali dulu bentuk wajah. Pilih hijab yang sesuai dengan bentuk wajah dan hasilnya pasti akan membuatkan gaya anda sentiasa vass
Penggaya hijab selebriti yang popular,
Didiyana Ehsan berkongsi tips memperagakan tudung mengikut empat jenis bentuk
wajah seseorang itu.
1. Bujur
Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran
vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya. Wajah
bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah
seperti ini. anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab
2. Lonjong
3. Bulat
Mereka yang bermuka bulat memiliki
panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai sudut di bahagian rahang.
Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat
menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan
dengan sepasang cermin mata hitam
4. Petak
Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap ‘bucu’ wajah. Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin. Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.
Selain tujuan utama mengenakan hijab
adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya
yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.
Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan
menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita. Mudah-mudahkan dengan petua ini,
ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai. Tentu sekali suami dan si
dia akan lebih terpesona denga penampilan baharu anda bersama tudung yang
sesuai.
Sumber : Hijabista
0 comments