OUR TUDUNG

  • Home
  • About OurTudung
    • Our Background
    • Vision, Mission and Goals
    • Organisation Chart
    • Company Member Profiles
  • Our Tips
  • Our Product
    • Maryam Matte Satin
    • Inara Bawal Cotton
    • Sejuk Inner Neck
    • Selesa Inner
  • Contact Us
  • Our Location
  • Our Video



Bagi wanita berhijab, penggayaan tudung sangat penting dalam memberikan kesan yang on point, terutama ketika merakamkan gambar kenangan di Aidilfitri. Jika salah pilih tudung dan tidak kena dengan bentuk muka akan menyebabkan penampilan nampak hodoh dan tidak begitu stailo.

Jadi sebelum menggayakan apa juga hijab, paling penting kenali dulu bentuk wajah. Pilih hijab yang sesuai dengan bentuk wajah dan hasilnya pasti akan membuatkan gaya anda sentiasa vass

Penggaya hijab selebriti yang popular, Didiyana Ehsan berkongsi tips memperagakan tudung mengikut empat jenis bentuk wajah seseorang itu.



1. Bujur

Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya. Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini. anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab

2. Lonjong


Jika anda memiliki muka yang lonjong pula, panjang ukuran vertikal wajah anda lebih ketara berbanding kelebarannya. Wanita yang berwajah lonjong harus elak mengenakan tudung yang mempunyai
awning tinggi agar tidak membuatkan muka anda lebih panjang. Cuba gunakan inner untuk membuatkan bentuk muka anda kelihatan lebih seimbang.

3. Bulat

Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai sudut di bahagian rahang. Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam

4. Petak

Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap ‘bucu’ wajah. Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin. Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.

Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.

Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita. Mudah-mudahkan dengan petua ini, ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai. Tentu sekali suami dan si dia akan lebih terpesona denga penampilan baharu anda bersama tudung yang sesuai.

Sumber : Hijabista


 


Ada yang pilih tudung sebab material tudung, harga, jenis tudung dan macam-macam lagi. Kalau tudung tu best apa salahnya kan kalau kita invest sikit. Reward kepada diri lepas penat bekerja. Pengalaman sis, harga tudung dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu material dan design. Kadang-kadang tambah satu lagi faktor iaitu brand. Ada brand yang kualiti tak bagus tapi sebab orang kenal kita pun sanggup bayar mahal-mahal sebab nak tunjuk dekat kawan-kawan yang kita pakai tudung mahal. Sebenarnya yang penting keselesaan kita memakai tudung tu.

Ciri-ciri pemilihan tudung:

·         Licin, Matte (Tak Licin),

·         Stretchable,

·         Mudah dibentuk bagi Tudung Bawal,

·         Tebal, Nipis dan tidak pekak,

·         Panas, Sejuk,

·         Kain lembut dan Flowy, Kain Keras dan sukar dibentuk untuk tudung bawal, tidak perlu iron, senang renyuk,

·         Fiber kelihatan jelas, fiber halus dan kelihatan licin,

Ramai yang masih keliru nak pilih material tudung yang sesuai dengan bentuk muka. Bentuk muka ada banyak bentuk. Ada yang bujur, ada yang bulat, ada yang segi dan macam-macam. So nak tahu material yang paling sesuai sebenarnya kena cuba semua baru tahu material apa yang sesuai. Kat sini kami senaraikan jenis-jenis material tudung yang biasa digunakan dan kelebihan dan kekurangan material bergantung kepada jenis tudung iaitu bawal, shawl atau instant shawl.

Senarai Material Yang Biasa Digunakan Untuk Tudung:

     1.  Cotton

Tudung jenis ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain cotton dan punyai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.

Ciri-Ciri Material: Licin, Matte (Tak Licin), Stretchable, Mudah dibentuk bagi Tudung Bawal, Tebal, Nipis dan tidak pekak, Panas, Sejuk, Kain lembut dan Flowy, Kain Keras dan sukar dibentuk untuk tudung bawal, tidak perlu iron, senang renyuk, Fiber kelihatan jelas, fiber halus dan kelihatan licin,

Kesesuaian: Bawal, Shawl, Instant Shawl

      2.    Cotton Voile

Tudung Yang menggunaan material cotton voile ni tengah trend sekarang ni. senang dibentuk. sejuk. tidak pekak. Tudung yang paling sesuai untuk Cotton Voile atau Cotton Voal ini adalah tudung bawal.

      3.    Cotton Wafer

Cotton memang terkenal sebab tudung yang sejuk dan tidak panas. Cotton Wafer ni adalah tudung cotton yang bercorak wafer. Wafer cip komputer.  

4    4.    Chiffon

Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai tudung daripada jenis kain ini. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi, tetapi untuk memakainya, ada caranya.

Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis cotton pada bahagian dalam agar tudung ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan. Tudung jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.

      5.    Chiffon Crepe

Chiffon selalu digunakan untuk tudung shawl. Chiffon crepe ini mempunyai ciri stretchable. Material yang stretchable ni memudahkan untuk tudung melekap pada muka. Sangat sesuai untuk tudung shawl.

      6.    Bubble/Denim

Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi, namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan. tudung bubble ni paling sesuai untuk travel kerana tidak perlu gosok. Namun, masa kini, bubble tidak lagi in trend.

      7.    Lycra

Ada satu ketika, kain tudung jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain tudung jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.

       8.    Satin

Material tudung jenis satin ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit di kepala akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi, jadikan tudung jenis satin ini salah satu koleksi anda. Salah satu cara memilih tudung satin ini adalah dengan memastikan bahagian dalam tudung satin ini bersifat matte atau tidak licin. Boleh lihat contoh tudung Premium Shawl ini di Instagram Our Tudung

       9.    Pearl Satin

Pearl Satin adalah satin yang mempunyai warna-warna lembut. tudung pearl satin sangat sesuai untuk membuat shawl. material yang paling bagus untuk membuat shawl kerana tidak tebal dan tidak nipis. material sangat sejuk. warna-warna semuanya lembut seperti warna pearl.

     10. Satin Maria

Material satin yang agak tebal. ada yang suka menggunakan kain ini untuk membuat tudung bawal. kainnya yang matte di dalam dan licin diluar. agak elegan. warna yang shining di bahagian luar membuatkan pemakai tampak exclusive dan premium.

     11. Satin Silk

Satin silk mempunyai banyak variasi. ada yang tebal, ada yang nipis.

     12. Satin Venus

Material terbaru untuk satin yang sangat best. sangat nipis dan sejuk tetapi opacity tidak terlalu see through. sesuai dibuat tudung shawl dan tudung bawal. kemungkinan tudung dengan material ini akan menjadi trend selepas ini. 

     13. Satin Crepe

Satin yang stretchable. sangat best untuk dibuat tudung shawl kerana melekap di muka. agak kurang sesuai dibuat tudung bawal. 

     14. Satin Maxmara

Satin maxmara ini sangat exclusive dan agak mahal. kainnya agak tebal tetapi apabila dipegang sangat elegan.

     15. Bawal No 1

Bawal yang banyak dipakai di Kelantan. Bawal yang sangat bagus dan harga agak murah. teksture yang sejuk.

     16. Cornskin

Kain cornskin ni adalah kain campuran cotton dan crepe tetapi mempunyai teksture seperti cornskin. sangat sesuai dibuat travel kerana tidak perlu gosok. kebanyakkannya adalah tudung bawal dan tudung shawl tidak sesuai untuk dibuat menggunakan material cornskin ini.

      17. Ultrafine Voile Premium

Tudung paling best. paling optimum iaitu paling sesuai dari segi kelembutan dan kekerasan. tidak keras dan tidak lembut. sangat sesuai dibuat tudung bawal. buat masa ini hanya ada satu jenama tudung sahaja yang menggunakan material ini.

Kredit: Tudungstor.com


 



Rata-rata orang berpendapat bahawa tudung bawal sentiasa menjadi pilihan hati untuk ke mana sahaja walaupun hanya mengenakan aktiviti yang santai.

Ini kerana tudung bawal paling senang, semudah Abc dan tak sampai 5 minit you are already to go !

Tetapi ramai wanita di luar sana alami masalah di kala menggayakan tudung bawal dengan kaca mata.

Lebih-lebih lagi apabila kaca mata sangat mempengaruhi keselesan kepada si pemakai terutama sekali untuk hijabista yang suka bertudung bawal.

Kebanyakan mereka takut akan penampilan mereka kelihatan tidak menawan sekaligus mengurangkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sebenarnya kacamata boleh buat penampilan anda tampak lebih manis, stailo jika Cikpuan dapat menggayakan dengan cara yang betul.

Begitu juga untuk wanita yang sudah lama berkaca mata semestinya mahukan tips untuk memperagakan tudung bawal agar kelihatan rapi dan tidak kembang.

Jom ikuti 5 tips untuk hijabista berkaca mata apabila memperagakan tudung bawal agar kelihatan rapi.


1. Tips Memilih Kaca Mata



Sebelum memilih kaca mata, kenali bentuk wajah Cikpuan terlebih dahulu. Sebaiknya, pilih bingkai kacamata yang bertentangan dengan bentuk wajah. Contohnya, jika Cikpuan memiliki bentuk bulat, bingkai berbentuk petak lebih sesuai dengan Cikpuan. Sekiranya Cikpuan berwajah petak, pilih bingkai berbentuk bulat.  Kalau untuk wajah yang lonjong pula perlu mengenakan bingkai kotak. Untuk wajah yang bujur, anda paling beruntung kerana semua bentuk bingkai kaca mata boleh dikenakan. Nanti senang apabila Cikpuan ke Pusat Optometri, Cikpuan sudah pun dapat mengenali bentuk wajah cikpuan. Tapi jangan lupa, Cikpuan harus memakai tudung bawal dulu bila ke Pusat Optometri. Tips ini untuk memastikan tudung bawal Cikpuan tidak nampak kembang dengan cermin mata yang dipilih. Tudung pun akan jadi cantik terbentuk.

2. Pemakaian Tudung Yang Betul

Elakkan memakai tudung bawal dengan gaya yang ketat mengikut bentuk wajah. Gaya ini akan menyebabkan tudung Cikpuan kembang bila mengenakan kaca mata. Longgarkan tudung agar dapat diberi laluan pada kaca mata tu. Tips ni juga boleh menampakan efek kurus pada muka Cikpuan sebenarnya. Jangan memakai tudung terlalu kedepan. Tarik sahaja hingga ngam2 dengan bentuk muka.


3. Pemilihan Warna Tudung


Jika Cikpuan terlanjur membeli kaca mata berbingkai hitam yang tebal, pakai tudung yang simple dan warna yang tidak terlalu terang. Kalau tidak, Cikpuan akan kelihatan berlebih-lebihan. Kacamata dengan frame yang tebal lebih sesuai dengan tudung yang mempunyai satu warna sahaja.Banyak pilihan warna tudung di Our Tudung untuk Cikpuan pilih.


4. Pemilihan Anak Tudung


Elakkan menggunakan anak tudung yang terlalu tebal dan ketat. Ini kerana akan memberi ketidakselesaan kepada kaki kaca mata apabila bersentuhan dengan kulit. Paling tidak selesa, akan membuat Cikpuan rasa pening, telinga terasa sakit kerana ia menekan bahagian dalam jika inner tudung terlalu ketat. Lebih lebih lagi apabila Cikpuan menggunakan motor seharian, akan terasa lagi sakit dan membebankan.

5. Pin


Jika cikpuan mengenakan pin semasa hendak lilit tudung bawal, pastikan guna pin yang tajam bagi memberi keselesaan terhadap kaca mata.Apatah lagi jika Cikpuan menggayakan tudung bawal yang memerlukan pin di bahagian tepi telinga, pastikan kedudukan pin di atas batang kaca mata.Hindari menggunakan pin di bahagian tepi kanan dan kiri kerana akan mengganggu keselesaan terhadap Cikpuan sehingga membuatkan Cikpuan kelihatan tidak rapi.Kalau Cikpuan mahu kesan yang kemas, seeloknya pin diatas bingkai kaca mata ataupun di bawah bingkai kaca mata di bahagain rahang muka.

Sekian tips dari Our Tudung. Selamat Mencuba !



Assallamualaikum..

Setiap kali musim perayaan mesti koleksi tudung akan bertambah dengan sendirinya..Hahhaa Sendirinya hokay. Yelah nak ikut tema warna baju raya kan. Kang tak sedondon pulak kan. Sekali sekala layan color block tu boleh... tapi selalu-selalu peliklah pulak ..Disini kami dari our tudung team kongsikan beberapa tips cara dan tips penyimpanan tudung dan korang boleh praktikan mengikut kesesuaian korang. Selamat menyusun ye..

1. Rak Tudung Berbakul


Cara yang kedua adalah dengan memasukkan ke dalam bakul. Asingkan mengikut color dan jenis tudung. Shawl dengan geng shawl dan bawal dengan geng bawal. kalau tak letak sekali takut pulak bergaduh dan tak pasal-pasal berterabur tudung dalam tu. Korang jugak yang penat kena susun balik. hahaha. Korang ingat korang je boleh gaduh. Tudung pun boleh gaduh la weyy.. :P


2. Rak Tudung PVC

Rak tudung ini pulak adalah menggunakan idea paip pvc yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware dan dipotong mengikut kesesuaian penempatan rak dan juga tudung. Lagi banyak tudung lagi banyaklah paip pvc nak kena potong. Tapi cara ni amat kemas dan kalau nak guna pun senang sebab tak terusik dibahagian tudung yang lain. 

3. Hanger Tudung Jimat Ruang

Benda yang pernah viral suatu masa dahulu. Sampai mak kita mencari-cari benda ni kan. Hahahah. Serius style penyimpanan macam ni, memang jimat ruang. Boleh sangkut je dalam almari. Dan mummy sendiri pun praktikannya. Sesuai buat korang yang sikit tudungnya. Harga pun murah. Boleh didapati di kedai ECO, DIY mahupun kedai household. 

4. Hanger 3 Tingkat

Hanger ni korang boleh dapati dikedai ECO, DIY dan juga Household juga. Cuma kalau korang banyak tudung, banyaklah hanger nak kena beli. Boleh dimasukkan didalam almari baju dan tidak memerlukan rak yang khas. 

9. Rak Hanger Kedekut

Yang ni nama diberi sebab satu hanger satu tudung. No share-share ye. Serius dia memang makan ruang. Sesuai shawal ataupun tudung jenis tebal mahupun panjang berjela. Nak share tak bolehlah. Beratkan. Kena pulak hanger jenis bulat dan nipis macam ni. Tapi style hanger macam ni nampak stylo. So takleh simpan dalam almari.. nanti orang tak nampak. Serius ni tudung kedekut dan giler glamour. Eh!..

Thanks for Reading! Wassallam..

Newer Posts Home

ABOUT US

"Every day may not be good... but there's something good in every day".

#OOTD

ABOUT US

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • JENIS MATERIAL YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBELI
  • 5 CARA SUSUN TUDUNG DENGAN KEMAS DAN TERATUR
  • 5 TIPS HIJABISTA BERKACA MATA MENGGAYAKAN BAWAL AGAR KELIHATAN RAPI
  • PILIH TUDUNG IKUT BENTUK MUKA, DIDIYANA EHSAN KONGSIKAN TIPS MEMAKAI TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA
  • OURTUDUNG'S ORGANISATION CHART
  • OURTUDUNG'S VISION, MISSION AND GOALS
  • OURTUDUNG'S BACKGROUND

Categories

  • #material #tudung #shawl #bawal 1
  • #tips # berkacamata # bawal 1
  • #tips #fashion #bentukmuka 1
  • #tudung #susuntudung #tudungcantik 1

ABOUT US

“forget the rules. if you like it, wear it !“

Advertisement

Search This Blog

Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2022 (6)
    • ►  January 2022 (6)
      • ►  Jan 29 (2)
      • ►  Jan 27 (3)
      • ►  Jan 26 (1)
  • ▼  2021 (4)
    • ▼  May 2021 (4)
      • ▼  May 29 (4)
        • PILIH TUDUNG IKUT BENTUK MUKA, DIDIYANA EHSAN KONG...
        • JENIS MATERIAL YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBELI
        • 5 TIPS HIJABISTA BERKACA MATA MENGGAYAKAN BAWAL AG...
        • 5 CARA SUSUN TUDUNG DENGAN KEMAS DAN TERATUR

Contact Form

Name

Email *

Message *

Report Abuse

OUR TUDUNG

Copyright © OUR TUDUNG. Designed by OddThemes